So... Last night I had this random thing in my mind, to write in my own mother tongue language..
I just feel like it and would like to see how it will be. So I'm picking up thoughts from my mind and here I go, about my artwork and my blog writing.
Pengalaman aku berkecimpung dalam dunia seni dan kraftangan, sebenarnya bermula dari kecil, seawal aku di bangku tadika. Dimana kebanyakan masa aku atau pada masa lapang, aku lebih cenderung mencari dan mengambil kertas dan pensil. Melukis menjadi salah satu perkara yang aku akan lakukan dengan perasaan suka.
Dalam tempoh ini, aku hanya kenal seni dengan melukis, yang menggunakan pensil dan kertas. Kebanyakan lukisan aku hanya sekadar apa yang ada dalam kepala aku sebagai seorang kanak-kanak. Aku hanya ingin melukis lebih dari meletakkan fokus aku pada subjek yang lain, dan subjek lain yang aku tertarik juga adalah Bahasa Inggeris. Tapi aku dapat rasa melukis, atau subjek Seni ini yang paling banyak aku letak fokus serta tenaga dalam tempoh aku kecil sehingga kini.
Animasi seperti Digimon dan CardCaptor Sakura banyak mempengaruhi aku dalam lukisan bersahaja, sehingga remaja juga. Cuma pada tempoh remaja ini, aku tertarik dengan melukis "portrait". Avril Lavigne salah satu penyanyi yang menarik minat aku untuk mencuba melukis portraitnya, tetapi aku lebih selesa melukis apa yang datang dalam kepala aku dan sebagainya..
Selepas zaman sekolah menengah, pada tahun 2013, tahun dimana aku rasa ingin melanjutkan minat aku terhadap melukis menjadi kerjaya aku.. Hanya, apa aku rasa tidak seperti yang aku sangkakan..
Dalam masa aku keluar masuk galeri-galeri, banyak aku nampak, banyak juga aku dengar. Banyak juga aku belajar. Ada kala, aku rasa lukisan-lukisan aku yang tidak menepati permintaan industri, atau aku yang tidak berkebolehan seperti yang aku rasa.. Namun, pejam celik, pejam celik, hampir 10 tahun aku dalam bidang Seni, aku memilih untuk melepaskan segala yang telah aku cuba pada Jun 2023..
Sebelum keputusan itu, aku cuba memberi ruang dan masa untuk diri. Maka, dari bulan Mac sehingga awal bulan Jun adalah tempoh yang paling runsing dan perit buat aku, dalam membuat keputusan itu... Dan ya, aku akhirnya dengan keputusan aku itu. Dan sepanjang setengah tahun 2023, aku buka ruang "commission" untuk yang ingin lukisan aku sebagai kulit buku, novel, album, dan sebagainya. Dalam masa yang sama, aku juga ada keinginan mengenali bidang penulisan-penerbitan. Dan mula membeli buku-buku serta novel. Oh hampir lupa, Tokosue adalah kedai buku indie yang aku dikenalkan dulu sebelum keputusan aku itu..
Dalam ingin mengenali bidang penulisan-penerbitan, aku melancarkan blog kedua (di Wordpress, dimana pada tahun 2019 hingga 2022 aku aktif menulis blog di sini, ya, aku ada satu blog sendiri seperti yang ini), iaitu Arts Of People. Aku dapat menulis 10 kisah orang yang aku kenal melalui Twitter, yang mana setiap daripada mereka mempunyai perkara yang ingin mereka melawan atau membawa perkara tersebut ke tengah. Aku boleh katakan, yang aku berpuas hati dapat mencuba sesuatu yang aku tidak rasa aku bagus pun, tapi sekurang-kurangnya aku mencuba.. Selain dari itu, aku cuba menulis "art zine". Ya, aku juga melakar dalam zine tersebut. "About Star" adalah zine pertama aku, yang aku letak di Tokosue..
Menulis blog. Aku menulis blog sudah lama dari tempoh aku pilih untuk serius dengan Seni lukis. Sehingga hari ini, aku masih menulis di blog. Cuma blog ini yang aku tinggal kan dan kemudiannya di Wordpress. Sayangnya, polisi WordPress berubah dan kini ia lebih ke arah untuk membina "website". Aku rasa tidak seperti dulu.. Maka, aku berpindah ke sini, blog lama aku, yang ini.. Sebelum yang ini, aku ada blog yang aku sangat aktif, pada era Google Plus masih wujud.. Dimana tapak bermulanya aku menulis blog. Ya, blog lama itu dulu aku terburu-buru dalam buat keputusan yang tidak tepat. Akhirnya, aku tamatkan.. Blog itu sangat cantik, bagi aku la.. Cantik dari segi keberadaannya yang sudah aktif..
Aku buat keputusan untuk terus dengan blog ini bersebab. Satu, asal usul aku mula menulis blog. Dan dua, ia lebih ringkas.
Dua cabang berbeza. Dari satu katagori yang sama, atau subjek yang sama. Seni. Aku minat dua-dua. Yang lain seperti "scrapbooking" dan kraftangan, yang mana aku membuat keputusan untuk fokus untuk sepenuh masa, dan membuka reruai pada mana-mana hujung minggu jika berkesempatan. Tapi untuk masa ini, aku masih melukis walaupun secara melakar, dan untuk "commission" sentiasa terbuka. Boleh hubungi aku di Instagram @anugerah_gee dan Twitter @anugerahgee.
Terima kasih kerana sudi membaca penulisan aku dalam Bahasa Melayu, yang aku rasa ingin cuba menulis, walaupun sebetulnya aku rasa akan berterabur sama seperti penulisan aku dalam Bahasa Inggeris.
Comments
Post a Comment